Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis perhebat pemantauan sekolah dan rumah ibadat di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Polis perhebat pemantauan sekolah dan rumah ibadat di Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
LAWATAN KESELAMATAN…Anggota polis menjalankan lawatan keselamatan di beberapa buah sekolah dan rumah ibadat. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Polis Meradong giat memantau sekolah dan rumah ibadat bagi memastikan tiada ancaman atau aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan keselamatan warga sekolah dan masyarakat.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata rondaan dan lawatan keselamatan itu dilaksanakan sejak 21 November lalu hingga petang semalam oleh Unit Kereta Peronda (MPV) di bawah 

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

“Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman sekolah serta rumah ibadat berada pada tahap optimum, di samping meningkatkan kehadiran serta keterlihatan polis.

“Ia bertujuan memastikan kawasan sekolah dan rumah ibadat bebas daripada sebarang ancaman, kegiatan jenayah, buli atau aktiviti tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi media.

Tambahnya, antara sekolah yang terlibat dalam pemeriksaan keselamatan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tung Kwong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, SK Ulu Stras, SMK Meradong serta beberapa lokasi rumah ibadat termasuk Masjid Darul Taqwa, Tua Pek Kong Thai Pak Kung, Tua Pek Kong Jalan KJD dan Gereja Methodist Ming Nguong.

“Setiap lokasi didapati dalam keadaan baik dan terkawal, selain menerima kerjasama penuh daripada guru, pengawal keselamatan serta pengurusan rumah ibadat.

“Tiada sebarang laporan yang tidak diingini diterima daripada pengawal keselamatan, dan semasa lawatan, semua warga sekolah berada di kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran,” katanya.

Tegasnya, usaha pemantauan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan sekolah dan rumah ibadat sentiasa aman serta selamat untuk semua.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan tandas awam di Zon A Sibu diperiksa MPS
Next: JKR Sibu pantau ujian Ketumpatan Tapak Projek RTP 2025 di Jalan Rumah Ganyai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.