Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis pergiat usaha kesan kumpulan disyaki aktif pecah rumah
  • TEMPATAN

Polis pergiat usaha kesan kumpulan disyaki aktif pecah rumah

Utusan Sarawak 2 years ago

Suspek disyaki anggota kumpulan aktif meragut dan samun warga emas di Daerah Kuching dan sekitarnya pada 6 Jun lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak kini dalam tahanan polis.

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak mohon kerjasama orang ramai untuk melapor dan menyalurkan sebarang maklumat jenayah terutamanya melibatkan kegiatan pecah rumah kepada pihak polis bagi membantu siasatan.  

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, usaha dipergiatkan bagi menumpaskan satu lagi kumpulan disyaki aktif pecah rumah di Daerah Kuching dan sekitarnya.

Katanya, hasil maklumat orang ramai, pihak polis berjaya menangkap seramai empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 23 hingga 30 tahun yang disyaki anggota kumpulan aktif meragut dan samun warga emas di Daerah Kuching dan sekitarnya pada 6 Jun lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak.

“Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi berasingan di Daerah Kuching dan Padawan.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan warga emas sebagai mangsa dan mereka aktif melakukan jenayah pada awal pagi di Kuching, Kota Samarahan dan Padawan.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, kita percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes samun dan ragut, dua kes curi dalam bangunan dan satu kes curi motosikal,” katanya menerusi sidang media, pagi tadi.

Mohd Azman berkata, turut dirampas daripada suspek ialah sebuah motosikal curi, telefon bimbit, kad-kad bank dan senjata tajam.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah 395 dan 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 389 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

Justeru, polis berterima kasih kepada semua pihak dalam menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek-suspek.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Perlu permit polis terbangkan dron sepanjang Gawai Bazar, Perarakan ‘Niti Daun’
Next: Ahli Parlimen Bandar Kuching sumbang RM100,000 untuk bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.