Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Perancis tahan dua suspek kes rompakan permata di Muzium Louvre
  • GLOBAL

Polis Perancis tahan dua suspek kes rompakan permata di Muzium Louvre

Utusan Sarawak 18 hours ago
PIHAK berkuasa Perancis menahan dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan minggu lepas di Muzium Louvre.

PARIS: Pihak berkuasa Perancis menahan dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan minggu lepas di Muzium Louvre, yang mana lapan permata diraja Perancis bernilai kira-kira AS$102 juta dicuri, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan hari ini.

Menurut BFMTV, seorang suspek ditahan semalam di Lapangan Terbang Roissy–Charles de Gaulle ketika cuba menaiki penerbangan ke Algeria. Penahanan dilakukan oleh polis sempadan dan briged antirompak samun.

Seorang lagi individu turut ditahan berhubung kes rompakan itu, yang dipercayai melibatkan kumpulan empat orang yang memecahkan tingkap di Galeri Apollon sebelum melarikan diri bersama barangan kemas berharga itu.

Penyiasat masih memburu dua lagi suspek yang masih bebas serta mencari semula barang-barang yang dicuri.

Antara koleksi yang dicuri termasuk rantai dan anting-anting daripada koleksi Marie-Louise; rantai, anting-anting dan tiara daripada koleksi Marie-Amelie dan Hortense serta dua kerongsang, reben hiasan pakaian dan tiara daripada koleksi Maharani Eugenie.

Penyiasat kemudian menemui mahkota milik Eugenie yang ditinggalkan berhampiran muzium -penemuan yang menurut seorang pengawal keselamatan Louvre membuktikan yang “rancangan mereka digagalkan.”

-Bernama  

Continue Reading

Previous: Gajah kesayangan Myanmar Momo sambut ulang tahun ke-72
Next: Lapangan Terbang Vilnius ditutup lagi akibat belon cuaca dari Belarus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.