Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Perancis buru pencuri rompak lapan barang kemas diraja di Muzium Louvre
  • GLOBAL

Polis Perancis buru pencuri rompak lapan barang kemas diraja di Muzium Louvre

Utusan Sarawak 4 hours ago
ROMPAKAN… Set barang kemas milik Ratu Marie-Amelie dan Ratu Hortense yang dipamerkan di Galeri Apollon, Muzium Louvre, Paris selepas pembaikan selama sepuluh bulan pada 14 Januari 2020, telah dirompak pencuri semalam. Foto AFP

PARIS: Polis Perancis kini giat memburu kumpulan pencuri yang melarikan lapan barang kemas diraja yang sangat bernilai daripada Muzium Louvre dalam rompakan berani yang berlaku hanya dalam tempoh tujuh minit, semalam.

Barangan kemas yang dicuri termasuk rantai zamrud dan berlian yang pernah dihadiahkan oleh Napoleon kepada Permaisuri Marie-Louise, diadem (mahkota) milik Permaisuri Eugenie yang dihiasi hampir 2,000 berlian, serta rantai milik Ratu Marie-Amelie yang mengandungi lapan zamrud dan 631 berlian.

ROMPAKAN… Rantai dan anting-anting dari set barang kemas milik Permaisuri Marie-Louise dipamerkan di Galeri Apollon, Muzium Louvre, Paris pada 14 Januari 2020 selepas pembaikan selama sepuluh bulan, sebelum dirampas pencuri dalam rompakan semalam. Foto AFP

Salah satu barang kemas, mahkota Permaisuri Eugenie, turut terjatuh dan rosak ketika pencuri melarikan diri.

Menteri Kehakiman, Gérald Darmanin, mengakui terdapat kelemahan dalam sistem keselamatan muzium, manakala Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, menyifatkan kejadian itu sebagai satu ‘titik lemah besar’ dalam perlindungan muzium Perancis.

ROMPAKAN… Pengunjung mengambil gambar barang kemas Permaisuri Eugenie yang dipamerkan di Galeri Apollon, Muzium Louvre, Paris pada 6 Julai 2020, sebelum muzium itu dirompak pencuri, semalam. Foto AFP

Pencuri dipercayai merupakan kumpulan profesional.

Pihak muzium dan polis kini bekerjasama bagi mengesan barang kemas berharga itu, yang mustahil untuk dijual dalam keadaan asal.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berjanji segala usaha akan dilakukan untuk menangkap penjenayah dan mengembalikan barang yang dicuri.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua maut selepas pesawat kargo tergelincir dari landasan di Hong Kong
Next: Lebih 1.2 juta terjejas akibat gempa bumi kembar di Davao Selatan Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.