Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Polis pengiring Istana Negara maut kemalangan
  • KEMALANGAN

Polis pengiring Istana Negara maut kemalangan

Utusan Sarawak 24 hours ago

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cawangan Istana Negara maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak sebatang pokok tumbang di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin dalam kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira 7.10 pagi ketika mangsa yang berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Batang Kali ke tempat kerjanya di ibu negara.

“Siasatan awal mendapati semasa melalui jalan Sungai Tua Ulu Yam, terdapat sebatang pokok tumbang dan mangsa cuba mengelak namun hilang kawalan ke atas motosikalnya sebelum terbabas di lorong bertentangan.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Khairul Salleh Abdull Rahman melalui talian 03-6064 1222 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Two motorcyclists killed in separate accidents in Kuching
Next: Dua wanita maut, seorang cedera parah dalam kemalangan kereta terbabas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.