

PADAWAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Padawan, menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan RPR Batu Kawa sekitar 1.00 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihak polis turut merampas beberapa ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5.50 gram, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM600.
“Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A subseksyen 1 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Oleh Connie Chieng