Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Padawan tahan dua suspek, rampas dadah bernilai RM13,789
  • JENAYAH

Polis Padawan tahan dua suspek, rampas dadah bernilai RM13,789

Utusan Sarawak 10 hours ago
DADAH yang dirampas daripada pasangan terbabit.

KUCHING: Polis Padawan menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai sekitar RM13,789 dalam satu serbuan awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dijalankan pada 3.10 pagi itu, polis menemui dan merampas dadah jenis syabu, ketamin, Erimin 5 serta serbuk ekstasi daripada sebuah kereta di hadapan premis kedai di Matang Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

SUPERINTENDEN Mohd Irwan Hafiz Md Radzi menegaskan bahawa polis akan terus membanteras kegiatan dadah di Padawan.

Menurutnya, ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah selain mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau menegaskan pihak polis akan terus mempergiatkan operasi dan serbuan bagi membanteras kegiatan pengedaran serta penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan, dadah bernilai RM606 dirampas di Kampung Bintawa
Next: Dua lelaki ditahan curi basikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.