

PADAWAN: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 5.61 gram dadah disyaki syabu dalam satu serbuan di Kampung Siga, Siburan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menjalankan operasi tersebut pada kira-kira 1.30 pagi.


“Dua suspek berusia 24 dan 30 tahun telah ditahan dalam serbuan berkenaan. Polis turut merampas 5.61 gram bahan yang disyaki syabu,” katanya hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Oleh Connie Chieng