Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Padawan keluarkan 96 saman, sita 13 motosikal dalam operasi banteras samseng jalanan
  • JENAYAH

Polis Padawan keluarkan 96 saman, sita 13 motosikal dalam operasi banteras samseng jalanan

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEBERAPA individu ditahan sebelum motosikal mereka diangkut ke dalam kenderaan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membanteras samseng jalanan.

PADAWAN: Polis Daerah Padawan melaksanakan operasi bersepadu Ops Samseng Jalanan di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satim (FAC) dari malam tadi hingga awal pagi bagi membanteras aktiviti lumba haram dan tunggangan berbahaya.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Padawan, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 114 kenderaan dan 105 individu.

“Sepanjang operasi, sebanyak 96 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 13 motosikal disita kerana tidak mematuhi peraturan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan sama, polis turut membuat lima tangkapan melibatkan individu yang melakukan aksi tunggangan berbahaya di jalan raya.

Tambahnya, majoriti kesalahan yang dikesan melibatkan motosikal yang diubah suai secara tidak sah, penunggang tanpa lesen memandu, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta aksi berbahaya seperti ‘wheelie’, zig-zag dan gaya ekstrem.

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satim (FAC), Padawan, malam tadi.

“Jalan raya bukan tempat untuk menunjukkan aksi. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” tegasnya.

Sehubungan itu, IPD Padawan turut menggesa ibu bapa dan penjaga agar memantau pergerakan anak-anak, khususnya pada waktu malam, bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat.

Polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu dalam serbuan di kebun sawit Batu 5
Next: Polis Sibu giat tingkatkan operasi banteras jenayah dan samseng jalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.