Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis nafi dakwaan terima rasuah seperti dalam video tular
  • JENAYAH

Polis nafi dakwaan terima rasuah seperti dalam video tular

Utusan Sarawak 3 hours ago
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menafikan dakwaan berhubung pegawai dari IPD terbabit menerima rasuah daripada seorang pemandu seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan hari ini berkata hasil semakan mendapati kejadian terbabit berlaku pada 11.20 pagi di persimpangan masuk dan keluar Jalan Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil di sini.

“Ketika kejadian, terdapat empat pegawai polis sedang menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah dengan mengambil tindakan saman terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas serta menasihati pemilik supaya mengalihkan kenderaan dan mendaftar aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol (VSP) PDRM sebelum mengambil butiran pemilik kenderaan tersebut untuk tujuan rekod.

“Polis telah mengeluarkan dua keping saman terhadap pemandu dan kenderaan lain kerana menghalang lalu lintas,” katanya dalam kenyataan itu.

Susulan itu, Mohd Rosdi menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit kerana akan menyebabkan berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap penugasan pihak polis di lapangan.

“PDRM komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Sekiranya ada mana-mana individu yang mempunyai maklumat lengkap dan sahih berkaitan perkara terbabit boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Cheras 03-9284 5050 5051 atau balai polis yang berdekatan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM mulakan siasatan isu tatakelola, ketidakaturan kewangan UKM minggu depan
Next: Lima wanita warga asing ditahan dalam serbuan pelacuran di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.