Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Mukah tahan lelaki tempatan suspek penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Polis Mukah tahan lelaki tempatan suspek penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Jalan Mukah–Selangau. Foto PDRM
 

MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Jalan Mukah–Selangau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada kira-kira 1.40 tengah hari hasil maklumat dan risikan.

“Semasa ditahan, suspek yang sedang duduk di atas sebuah motosikal cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.35 gram dan nilai kira-kira RM110.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama empat hari sehingga 21 Januari bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Muhamad Rizal berkata, pihak polis komited dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi talian hotline 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kontraktor rugi RM460,000 terjerat skim pelaburan palsu
Next: Ops Khas JPJ: 724 kenderaan diperiksa, enam motosikal disita di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.