Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia – KPN
  • NASIONAL

Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia – KPN

Utusan Sarawak 2 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berucap pada program lawatan hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan berkenaan akan dibuat esok esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)  bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.

“Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan,” katanya.

Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 16 hakim
Next: Kadar elaun sara hidup pelajar tajaan JPA dinaikkan RM100 – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.