Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Meradong perkukuh hubungan komuniti sekolah melalui lawatan pemantauan
  • Tengah
  • WILAYAH

Polis Meradong perkukuh hubungan komuniti sekolah melalui lawatan pemantauan

Utusan Sarawak 18 hours ago
LAWATAN….Pihak polis menjalankan lawatan pemantauan di SMK Bandar Bintangor, malam kelmarin. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Usaha memastikan keselamatan pelajar terus diperkukuh apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong melaksanakan lawatan pemantauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor pada 9.50 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, lawatan tersebut dijalankan oleh anggota polis MPV yang diketuai oleh Sarjan Frederick Emma Bullu bersama Konstabel Nor Afiq Danial Nor Apian bagi menilai tahap keselamatan dan persekitaran sekolah berasrama berkenaan.

“Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman sekolah berada pada tahap optimum, di samping meningkatkan kehadiran serta keterlihatan polis (omni-presence) di kawasan institusi pendidikan. 

“Lawatan ini turut bertujuan memastikan kawasan sekolah bebas daripada sebarang ancaman jenayah, buli atau aktiviti tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak polis dan komuniti sekolah selain memberi khidmat nasihat serta meningkatkan kesedaran pelajar mengenai pencegahan jenayah dan keselamatan diri. 

“Pemeriksaan keselamatan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti kawasan berisiko untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 

“Secara keseluruhan, lawatan berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada pihak sekolah. Semasa lawatan, didapati kesemua pelajar berada di asrama masing-masing dalam keadaan terkawal dan berehat. 

“Usaha seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa aman, selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran pelajar,” ujarnya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 36 murid Tabika KEMAS sertai lawatan sambil belajar di Borneo Empurau Farm
Next: Gotong-royong komuniti MDSA bersama JKKK semarakkan semangat kejiranan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.