Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin tumpas cubaan seludup diesel haram di Pending
  • JENAYAH

Polis Marin tumpas cubaan seludup diesel haram di Pending

Utusan Sarawak 14 hours ago
LORI tangki yang mengangkut diesel haram berjaya ditahan.

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 berjaya menumpaskan cubaan menyeludup diesel haram dalam operasi bersepadu Op Taring Landai yang dijalankan di Jalan Keruing, berhampiran Menara Pelita, Pending.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Superintendan Rusdin Banin, berkata pihaknya menahan sebuah lori tangki yang membawa 16,000 liter diesel, yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan dan ditemani seorang wanita tempatan.

“Pemeriksaan oleh Unit Perisikan Marin mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen sah, termasuk permit atau kebenaran bertulis daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkaitan pemilikan dan pengangkutan bahan api tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM257,000 dan kes telah diserahkan kepada KPDN untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Rusdin turut menyarankan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyeludupan atau pengedaran barang kawalan secara haram.

“Mereka yang disabit kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali,” tambah beliau.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pendakwaan remaja pandu tanpa lesen akibatkan 5 kematian bermula 14 Mei
Next: Man shot in Bau suspected to be over drugs

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.