Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin Sarawak rampas barang kawalan bernilai RM17 juta
  • JENAYAH

Polis Marin Sarawak rampas barang kawalan bernilai RM17 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN Polis Marin Wilayah 5 Sarawak merekodkan 48 kejayaan operasi sepanjang tempoh enam bulan tahun ini. Foto Facebook Pasukan Polis Marin Wilayah Lima

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak merekodkan 48 kejayaan operasi dengan rampasan barangan kawalan bernilai RM17,048,745.80 serta 55 tangkapan menerusi Op Taring Landai, Op Taring Pensura, Op Taring Tango Papa (Op Khas Aidilfitri) dan Op Bersepadu Inter Agensi yang dilaksanakan di seluruh Sarawak sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Ab Rahman Mat Hasan berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan pasukan berkenaan dalam membanteras aktiviti penyelewengan barangan kawalan di negeri ini.

Antara barangan kawalan yang berjaya dirampas ialah 313,920 liter minyak diesel, 2,200 liter minyak petrol, 1,704 kilogram (kg) gula dan 7,204kg minyak masak.

Kejayaan terbesar direkodkan menerusi Op Taring Tango Papa apabila pemeriksaan ke atas sebuah kapal tunda di sebuah jeti di Sibu membawa kepada rampasan 75,000 liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk kapal tersebut sebanyak RM9.45 juta.

Dalam operasi itu, lima individu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing yang merupakan juragan serta kru kapal turut ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan di Sibu menerusi Op Taring Pensura, PPM turut menahan dua lori tangki yang dipercayai menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel di tebing sungai.

Operasi tersebut membawa kepada rampasan 10,500 liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM207,750, selain menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemandu salah sebuah lori tangki.

Sementara itu, hasil kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Op Bersepadu Inter Agensi berjaya menumpaskan beberapa kegiatan penyelewengan minyak diesel di Kuching.

Operasi itu melibatkan rampasan 75,000 liter minyak diesel, tangki skid, tangki IBC, peralatan pemindahan minyak serta beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan dengan nilai keseluruhan RM906,370.

Empat lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis dan pekerja turut ditahan dalam operasi tersebut.

Semua tangkapan dan rampasan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diserahkan kepada KPDN untuk tindakan serta siasatan lanjut.

PPM Wilayah 5 Sarawak turut menegaskan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu tanpa kompromi bagi membanteras aktiviti penyelewengan barangan kawalan demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, individu yang memiliki, menyimpan atau membawa barang kawalan tanpa permit, lesen atau kebenaran khas boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, denda boleh meningkat sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta dan meningkat kepada RM5 juta bagi kesalahan berulang.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM1,110 akibat penipuan pinjaman tidak wujud dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.