Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin rampas petrol seludup bernilai lebih RM104,300
  • JENAYAH

Polis Marin rampas petrol seludup bernilai lebih RM104,300

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak berjaya merampas petrol seludup bernilai lebih RM104,300 dalam operasi khas OP Taring – Kontraban di kawasan Kidurong, Jalan Pesisir Samalaju, di sini, semalam. 

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, ACP Abd Rahman Mat Hassan berkata, rampasan itu melibatkan 25 tong drum berisi kira-kira 5,000 liter petrol tanpa dokumen sah serta sebuah lori lima tan jenis Hino berwarna putih-merah.

“Tangkapan dibuat selepas pemeriksaan dilakukan ke atas seorang lelaki tempatan yang dipercayai membawa muatan petrol tersebut tanpa kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN),” katanya.

Dalam pada itu, barang rampasan termasuk lori dan muatan petrol diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki berbasikal sambil bawa pistol tiruan ditahan polis
Next: Pegawai pengurusan tertinggi syarikat penyiaran ditahan, disyaki terlibat pengubahan wang haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.