Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin rampas 10,400 liter diesel bernilai RM81,300
  • JENAYAH

Polis Marin rampas 10,400 liter diesel bernilai RM81,300

Utusan Sarawak 2 years ago
DIRAMPAS… PPMW5 Sibu menjalankan pemeriksaan dan serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Ding Ling Kong, Sibu, pagi semalam.
 

SIBU: Sebanyak 10,400 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM81,300 dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu di sebuah premis di Jalan Ding Ling Kong, Sibu, pagi semalam.

Menerusi siaran media hari ini, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, dalam serbuan dan pemeriksaan Op Taring Kontraban yang dijalankan sekitar 8.45 pagi, seorang lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 30-an iaitu penjaga premis ditahan.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan serbuan menjumpai dua tangki besi dan dua tong plastik segi empat, warna putih disyaki berisi minyak diesel dianggarkan lebih kurang 10,400 liter disimpan tanpa lesen serta permit yang sah.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM81,300.

Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat oleh Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Bahagian Sibu,” jelasnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Dua lelaki miliki tiket loteri haram didenda
Next: Lokman Adam bebas tuduhan, wang jaminan RM20,000 dikembalikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.