Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Marin Limbang berjaya patahkan usaha seludup rokok
  • JENAYAH

Polis Marin Limbang berjaya patahkan usaha seludup rokok

Utusan Sarawak 2 years ago

KEJAYAAN BESAR... Parum bersama pegawai operasi menunjukkan 2,900 karton rokok dpercayai seludup bernilai RM435,000 kepada media.

LIMBANG: Sejumlah 2,900 karton rokok dipercayai seludup beserta empat kenderaan dan sebuah bot keseluruhan bernilai RM655,000 berjaya dirampas dalam Op Kontraband Polis Marin Wilayah Lima Limbang.

Operasi yang dijalankan di sungai berhampiran Kampung Limpaki pada petang semalam turut membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 30an.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata operasi dijalankan oleh seorang pegawai dan enam anggota kira-kira 4.30 petang dan menahan sebuah bot yang disyaki melakukan aktiviti penyeludupan.

Melalui pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui 2,900 karton rokok dpercayai seludup bernilai RM435,000 dan turut dirampas ialah tiga kenderaan jenis pacuan empat roda, satu kereta pelbagai guna dan sebuah bot kayu beserta enjin dianggarkan bernilai RM220,000.

“Operasi bertindak di atas maklumat dan risikan yang dijalankan oleh Polis Marin Wilayah Lima Limbang dan telah merampas pelbagai jenis rokok, empat kenderaan.

“Rokok-rokok ini semasa dirampas, berada dalam kenderaan dan dalam sebuah bot di sungai berdekatan Kampung Limpaki dan ini adalah kejayaan terbesar pada awal tahun ini,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Polis Marin Wilayah Lima, hari ini.

Parum berkata, hasil siasatan awal mendapati bekalan rokok seludup itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Daerah Limbang.

Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah seksyen 135 (1( e) akta kastam 1967.

Parum turut mengalu-alukan sokongan orang ramai khususnya dalam menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti jenayah di Limbang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Polis masih siasat kes RM1 juta ‘hilang’
Next: Ops Tapis Khas: 282 individu ditahan, Daerah Miri catat hasil rampasan nilai dadah tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.