Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lundu ganda operasi, 200 tangkapan dadah direkodkan
  • JENAYAH

Polis Lundu ganda operasi, 200 tangkapan dadah direkodkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUPT Sudirman Kram memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahguna dadah.

LUNDU: Ketua Polis Daerah Lundu, Supt Sudirman Kram, memberi amaran keras bahawa pihaknya akan menggandakan usaha membanteras dadah, termasuk melaksanakan operasi lebih agresif dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut di daerah berkenaan.

Dalam temu bual bersama Utusan Sarawak, Sudirman berkata bahawa dari Januari hingga November 2025, polis merekodkan sejumlah 200 tangkapan berkaitan kesalahan dadah.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 45 tahun, sekali gus mencerminkan trend membimbangkan berhubung penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan muda serta dewasa yang bekerja.

ANTARA suspek ditahan terlibat dengan dadah.

“Daripada 200 individu yang ditangkap, seramai 198 adalah lelaki manakala hanya dua merupakan wanita,” katanya sambil menegaskan bahawa siasatan dan operasi masih giat dijalankan bagi membendung kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

Menurutnya, majoriti kes melibatkan methamphetamine dan syabu, dengan tangkapan dibuat melalui rondaan rutin, operasi berfokus serta maklumat yang diterima daripada orang awam.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama komuniti terus menjadi elemen penting dalam membantu polis mematahkan rangkaian dadah.

Sudirman turut mendedahkan bahawa tujuh suspek lelaki pada tahun ini telah didakwa di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.

Jelasnya, peruntukan ini terpakai kepada pesalah berulang yang mempunyai rekod kesalahan lampau kerana memiliki dadah dan didapati memiliki dadah sekali lagi.

“Bagi mereka yang dituduh di bawah Seksyen 39C, hukumannya sangat jelas. Pesalah akan berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sehingga tujuh tahun, serta dikenakan sebatan tidak lebih daripada tiga kali,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Polis Lundu tidak akan berkompromi dengan jenayah berkaitan dadah dan akan terus membuat pemantauan rapi di kawasan panas yang dikenal pasti.

Katanya, turut menggesa orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

“Keutamaan kami adalah melindungi penduduk Lundu daripada bahaya dadah. Kami akan terus bertindak tegas dan konsisten,” tambahnya. 

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dadah enam gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Goebilt
Next: Lelaki ditahan susulan insiden simbah cat di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.