Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lubok Antu tahan lelaki jadi keldai akaun dalam tiga kes penipuan atas talian 
  • JENAYAH

Polis Lubok Antu tahan lelaki jadi keldai akaun dalam tiga kes penipuan atas talian 

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUSPEK ditahan polis selepas disyaki berperanan sebagai ‘keldai akaun’ dalam tiga kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian lebih RM194,000 di Pulau Pinang dan Selangor. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia awal 20-an ditahan polis selepas disyaki berperanan sebagai ‘keldai akaun’ dalam tiga kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian lebih RM194,000 di Pulau Pinang dan Selangor.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu hari ini, tangkapan dilakukan petang semalam oleh sepasukan anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Lubok Antu, Inspektor Muhammad Asyraf Azmi.

Siasatan awal mendapati suspek telah menyalahgunakan akaun bank miliknya untuk menerima dan memindahkan wang hasil kegiatan penipuan dua kes ‘Job Scam’ dan satu kes pelaburan tidak wujud.

Polis percaya akaun suspek digunakan bagi memudahkan urusan keluar masuk wang mangsa sebelum dipindahkan ke akaun lain milik sindiket.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa tindakan menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada individu lain adalah satu kesalahan serius yang boleh membawa kepada pendakwaan di bawah undang-undang.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran kerja dalam talian atau pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Jangan tamak untuk mendapatkan wang secara mudah tanpa usaha. Ingat, ‘keldai akaun’ bukan sahaja boleh ditangkap dan didakwa, malah berisiko disenaraihitamkan oleh pihak bank,” tegas kenyataan itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan
Next: Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.