Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lawas tahan tiga suspek kes dadah, curi motosikal dan penipuan
  • JENAYAH

Polis Lawas tahan tiga suspek kes dadah, curi motosikal dan penipuan

Utusan Sarawak 4 hours ago

BERBAGAI JENAYAH… Seorang wanita ditahan kerana terlibat dalam kes keldai akaun, manakala dua lelaki pula ditahan berasingan membabitkan kes dadah dan curi motosikal. Turut dirampas rangka motosikal yang dilaporkan hilang.

LAWAS: Polis menahan tiga individu tempatan dalam operasi berasingan melibatkan kes penipuan, curi motosikal dan penyalahgunaan dadah di sekitar bandar Lawas, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, seorang wanita berusia 49 tahun yang bekerja sebagai tukang masak ditahan pada 9.33 pagi selepas akaun bank miliknya digunakan bagi jenayah penipuan di Baling, Kedah. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 12.35 tengah hari di sebuah taman perumahan kerana disyaki terlibat dalam kecurian motosikal yang dilaporkan pada 5 November lalu.

Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang buruh berusia 41 tahun ditahan pada 9.05 pagi selepas ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

DSP Liong menegaskan ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua suspek dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.