Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lawas tahan lelaki, wanita disyaki terlibat aktiviti perjudian
  • JENAYAH

Polis Lawas tahan lelaki, wanita disyaki terlibat aktiviti perjudian

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPS DADU…dua suspek ditangkap atas kesalahan judi.  

LAWAS: Polis menahan dua individu termasuk seorang lelaki dan seorang wanita dalam dua operasi berasingan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di sekitar bandar ini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang tidak bekerja pada sekitar 6.45 petang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap telefon pintar milik suspek menemui aplikasi perjudian empat nombor ekor (ENE). Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi berasingan sekitar 5.40 petang hari sama, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis di sebuah premis di Jalan Sundar, Lawas.

Beliau berkata, wanita berkenaan disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian (JOL) selepas pemeriksaan ke atas telefon pintarnya menemui aplikasi perjudian.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai dalam operasi tersebut.

“Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan terlibat kesalahan penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.