Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Polis larang sebarang perhimpunan di Ampang Park esok
  • NASIONAL

Polis larang sebarang perhimpunan di Ampang Park esok

Utusan Sarawak 14 hours ago
KETUA Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus (kanan) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada sebarang perhimpunan dibenarkan diadakan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang di sini esok atas faktor keselamatan dan bagi menjaga imej negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata keputusan itu dibuat selepas menilai kawasan berkenaan sebagai tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perhimpunan berdasarkan hasil risikan dan analisis bersama agensi keselamatan lain.

“Ampang Park dikategorikan sebagai kawasan zon merah kerana jaraknya kurang 50 meter daripada laluan protokol dan kawasan penginapan rasmi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN, termasuk Hotel Intercontinental.

“Atas faktor keselamatan, imej negara serta kelancaran persidangan antarabangsa itu, polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat terdapat sehingga tiga perhimpunan dijadual diadakan di Ampang Park esok, dengan kehadiran dijangka antara 1,000 hingga 1,500 peserta dari pukul 9 hingga 11.30 pagi.

Difahamkan, perhimpunan itu dirancang oleh gabungan pertubuhan yang prihatin terhadap isu Palestin bagi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sempena sidang kemuncak berkenaan.

Fadil berkata pihak polis telah mengadakan perbincangan dengan penganjur dan mencadangkan beberapa lokasi alternatif seperti Dataran Merdeka atau Padang Merbok, namun penganjur tetap berhasrat meneruskan perhimpunan di Ampang Park.

“Sekiranya perhimpunan tetap diadakan, ia bercanggah dengan arahan keselamatan dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang. Polis akan mengarahkan peserta bersurai serta mengawal keadaan bagi mengelak sebarang provokasi,” katanya sambil menegaskan bahawa PDRM menghormati hak rakyat untuk berhimpun, namun semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan arahan keselamatan.

Beliau berkata Polis Kuala Lumpur akan menggerakkan kekuatan penuh dengan bantuan anggota luar daerah bagi memastikan keselamatan sekitar ibu negara kekal terkawal sepanjang sidang kemuncak berlangsung.

Fadil turut menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan atau gangguan lalu lintas.

“Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini membawa imej negara di peringkat antarabangsa. Justeru, menjadi tanggungjawab bersama termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memastikan kelancaran acara penting ini,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Presiden Brazil diberi sambutan rasmi di Putrajaya
Next: Sarawak bakal gubal undang-undang urus sisa sawit bagi perkasa industri veterinar – Premier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.