Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis lancar operasi mencari kanak-kanak lelaki hilang di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis lancar operasi mencari kanak-kanak lelaki hilang di Bau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HILANG… Kelvin Martin Beger, kali terakhir dilihat berada di rumah keluarganya sekitar 1.30 petang pada 4 Februari.

BAU: Polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dari Kampung Tembawang Sauh, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada kira-kira 6.30 petang, 4 Februari.

Menurut beliau, kanak-kanak berkenaan, Kelvin Martin Beger, kali terakhir dilihat berada di rumah keluarganya sekitar 1.30 petang pada hari yang sama.

“Mangsa dipercayai keluar melalui pintu hadapan rumah yang ketika itu terbuka, semasa ibunya berada di bilik air untuk mencuci pakaian,” katanya.

KANAK-KANAK lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh, Bau, polis menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ibu mangsa menyedari anaknya tiada di rumah sebelum bersama penduduk kampung menjalankan pencarian di sekitar kawasan kampung, namun usaha tersebut gagal menemukan mangsa.

Haide berkata, semasa pencarian dijalankan di kawasan kaki gunung, sehelai seluar yang dipercayai milik mangsa telah ditemui di atas sebuah batu.

Menurutnya, mangsa merupakan murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Jugan, Bau, pemegang kad orang kurang upaya (OKU) intelektual, serta anak kelapan daripada lapan beradik.

“Mangsa dipercayai keluar rumah hanya memakai seluar dan tidak memakai selipar,” katanya.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Rakaman percakapan telah diambil, lokasi kejadian telah dilawati, dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Unit Anjing Pengesan Polis telah dimaklumkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang bermula awal pagi Khamis.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dengan segera,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM kongsi ilmu pengurusan bencana dalam seminar pemerkasaan KMKK Daerah Kuching
Next: Agensi pelaksana diminta beri komitmen penuh pada projek manfaat penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.