Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tumpaskan sindiket penipuan permainan dalam talian, 6 suspek ditahan
  • JENAYAH

Polis Kuching tumpaskan sindiket penipuan permainan dalam talian, 6 suspek ditahan

Utusan Sarawak 3 hours ago
POLIS merampas peralatan semasa serbuan di sebuah rumah kedai.

KUCHING: Polis Kuching menumpaskan satu sindiket penipuan yang mengendalikan skim permainan dalam talian palsu dengan menahan enam suspek tempatan, terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun susulan serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Tun Jugah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata operasi tersebut dijalankan kira-kira 2.13 petang kelmarin.

Beliau berkata polis turut merampas komputer, telefon bimbit, kad SIM serta peranti lain yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan pusat panggilan penipuan berkaitan permainan dalam talian palsu.

“Hasil pemeriksaan awal dan analisis mendapati sindiket ini beroperasi sebagai pusat panggilan yang menyebarkan iklan palsu mengenai permainan dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi Multi WhatsApp Warmer, menyasarkan mangsa tempatan. Kesemua individu yang ditahan dipercayai bekerja sepenuh masa dalam kegiatan ini,” katanya.

POLIS merampas peralatan semasa serbuan di sebuah rumah kedai.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan tidak jujur mendorong penyerahan harta, yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 120(b) Kanun Keseksaan kerana pakatan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua duanya.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada 5 Februari 2026 untuk mendapatkan perintah reman, dan mahkamah membenarkan reman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Alexson turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah supaya tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha pencegahan jenayah.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau ke Pusat Kawalan Daerah Kuching di talian 082 244444,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penipuan projek solar: Lelaki tempatan kerugian lebih RM260,000 di Kuching
Next: 81 ditahan dalam operasi khas antinarkotik tujuh hari di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.