Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tumpaskan kes curi motosikal
  • JENAYAH

Polis Kuching tumpaskan kes curi motosikal

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUSPEK ditahan dan sebuah motosikal curi berjaya dirampas daripadanya.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan dan sebuah motosikal curi berjaya dirampas daripadanya semasa rondaan pencegahan jenayah di sepanjang Jalan Ajibah Abol, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku sekitar 7.04 malam apabila anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang sedang menjalankan rondaan telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang secara mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu (QCL 5634) dan dilaporkan hilang di bawah kes Batu Kawa/Rpt/003596/25,” katanya.

Menurut Alexson, lelaki tempatan itu ditahan di lokasi kejadian, dan ujian air kencing awal menunjukkan keputusan negatif terhadap dadah.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan,” tambahnya.

Beliau berkata kejayaan operasi tersebut menunjukkan kecekapan dan kepekaan URB Kuching dalam membanteras kes curi kenderaan serta memperkukuh kehadiran polis di kawasan berisiko jenayah sekitar bandar raya ini.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, disyaki terlibat salah guna dadah
Next: Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.