Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Kuching minta bantuan jejaki wanita hilang
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Kuching minta bantuan jejaki wanita hilang

Utusan Sarawak 3 hours ago
Ellen Ng Mui Ngopiraja, 33, yang dilaporkan hilang sejak awal bulan ini.

KUCHING: Polis Kuching memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Ellen Ng Mui Ngopiraja, 33, yang dilaporkan hilang sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, Ellen kali terakhir dilihat pada 8 November lalu sekitar 9.30 pagi ketika meninggalkan rumahnya di No. 31, Upper Jalan Chawan, Kuching.

Beliau dipercayai memberitahu keluarga bahawa mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas ke Hong Kong untuk latihan kerja.

“Keluarganya gagal menghubungi beliau sejak hari kejadian. Kami merayu sesiapa yang mempunyai maklumat tampil segera,” katanya.

Ellen, seorang warganegara Malaysia berketurunan Cina, bekerja sebagai penolong pengurus di F&N. Ketika kali terakhir dilihat, beliau memakai jaket merah, seluar merah dan berambut panjang berwarna hitam.

Polis kini menjalankan siasatan orang hilang dan sedang mengesan pergerakan terakhirnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Balai Polis Tabuan Jaya, Sub Inspektor Richard Sanut di talian 017-8505555 atau Pusat Kawalan IPD Kuching di 082-244444.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf jeti Kampung Paloh diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.