Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis kesan pemandu potong garisan berkembar di Jalan Lubok Antu-Sri Aman, saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Polis kesan pemandu potong garisan berkembar di Jalan Lubok Antu-Sri Aman, saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan yang tular di media sosial kerana memotong secara berbahaya di garisan berkembar di Jalan Lubok Antu–Sri Aman. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan yang tular di media sosial kerana memotong secara berbahaya di garisan berkembar di Jalan Lubok Antu–Sri Aman.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di laman Facebook Sarawak Roads Update itu memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza melakukan kesalahan memotong di KM19 jalan berkenaan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada semalam, kira-kira 1.57 petang, dan menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan pengguna jalan raya di laluan tersebut.

Hasil risikan serta tindakan pantas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Lubok Antu, pemandu kenderaan berkenaan berjaya dikenal pasti dalam tempoh singkat.

Pada hari ini, sekitar 9.44 pagi, pemandu terbabit hadir ke BSPT IPD Lubok Antu bagi membantu siasatan dan telah mengakui melakukan kesalahan tersebut dengan alasan ingin cepat sampai ke destinasi.

Susulan pengakuan itu, polis telah mengeluarkan Saman PDRM (K) 257 terhadap pemandu berkenaan atas kesalahan memotong di garisan berkembar, yang merupakan satu pelanggaran serius peraturan lalu lintas.

Polis menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang membahayakan keselamatan awam, khususnya melalui perbuatan pemanduan berisiko tinggi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah dan mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Saratok putuskan bekalan elektrik premis judi dalam Op Dadu
Next: Pengerusi IJM Corporation Bhd ditahan SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.