Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah
  • JENAYAH

Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah

Utusan Sarawak 2 years ago
Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Brodie Brangka berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak terus menularkan video buli itu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

KUCHING: Polis ambil serius dengan menjalankan siasatan terhadap kes buli melibatkan pelajar Tingkatan 1 dibelasah empat rakan sekolah.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Brodie Brangka mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis dan keempat-empat rakan sekolahnya sudah pun dikenal pasti dan dibawa balik ke balai untuk tujuan siasatan.

“Sebuah video buli berdurasi 47 saat tersebar luas merakam salahlaku empat rakan sekolah membelasah pelajar Tingkatan Satu.

“Mangsa mengenakan baju hijau diserang empat pelajar dan yang lain pula menyaksikan serangan sambil bersorak,” ujarnya menyatakan kejadian berlaku 5.08 petang 19 Jun lalu di belakang kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan.

Brodie berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak terus menularkan video buli itu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, pesalah boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM28,600 terpedaya ‘phone scam’
Next: Bekas polis menyamar lagi sebagai polis dijatuhi hukuman mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.