Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis IPD Meradong tahan lelaki disyaki terlibat dadah
  • JENAYAH

Polis IPD Meradong tahan lelaki disyaki terlibat dadah

Utusan Sarawak 2 days ago
SUSPEK ditahan oleh pihak polis semasa Ops Tapis, semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Lelaki tempatan berumur 48 tahun telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah semasa Ops Tapis yang dijalankan oleh pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek ditahan kira-kira 5.00 petang ketika pasukan polis menjalankan operasi membanteras kegiatan dadah di sekitar kawasan tersebut.

“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Meradong bagi menjalani pemeriksaan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong.

“Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau, dapati suspek tiada mempunyai rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan penyalahgunaan dadah kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti berkaitan dadah di Daerah Meradong,” tegasnya.

Tansli turut menggesa masyarakat supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan di Bau
Next: Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.