Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Indonesia tahan empat warga Uzbekistan
  • GLOBAL

Polis Indonesia tahan empat warga Uzbekistan

Utusan Sarawak 2 years ago

Jurucakap Polis Indonesia Brigadir Jenderal Ahmad Ramadhan.

JAKARTA: Polis Indonesia menahan empat warga Uzbekistan pada 24 Mac lepas kerana disyaki terlibat dalam penyebaran aktiviti keganasan melalui propaganda di media sosial.

Mereka ditahan dalam operasi polis antikeganasan Indonesia, Densus 88 hasil kerjasama Imigresen Jakarta Utara berdasarkan maklumat daripada kerajaan Uzbekistan. 

“Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun turut disyaki terlibat dengan jaringan Islamic State antarabangsa dan Timur Tengah,” kata jurucakap Polis Indonesia Brigadir Jenderal Ahmad Ramadhan dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata mereka juga mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas Khatiba al-Tawhid wal-Jihad, yang dahulunya dikenali sebagai Jannat Oshiklari.

Kesemua suspek yang tiba di Indonesia pada Februari lepas, berusaha untuk merekrut individu yang mempunyai fahaman sama untuk melakukan tindakan keganasan.

Tiga suspek aktif menyebarkan propaganda di pelbagai media sosial dan seorang lagi suspek bertindak sebagai pembuat dokumen palsu dan penyedia kewangan. – Bernama

Continue Reading

Previous: McDonald tutup pejabat di AS
Next: Qatar lancar platform digital dalam talian pertama untuk pelabur asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.