Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Polis henti operasi cari tentera dipercayai dihanyut kepala air di Royal Belum
  • KEMALANGAN

Polis henti operasi cari tentera dipercayai dihanyut kepala air di Royal Belum

Utusan Sarawak 5 months ago

Usaha pencarian Ahmad Zulhilmi diteruskan oleh pihak ATM. - Foto fail

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang hilang dihanyutkan arus deras susulan kejadian kepala air sewaktu menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum di Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata operasi mencari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, dari Rejimen Komando ke-22 di Kem Iskandar di Mersing, Johor, ditamatkan jam 6 petang semalam.

“Bagaimanapun, usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Disember, Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan, mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi 29 Disember.

Tujuh anggota ditemukan selamat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin dari 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak kemudian ditemukan oleh pasukan penyelamat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kru kapal warga India dikhuatiri hilang jatuh dari kapalĀ 
Next: Lelaki jatuh dari kapal belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.