Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Polis buka kertas siasatan isu pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya
  • SEMASA

Polis buka kertas siasatan isu pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya

Utusan Sarawak 7 hours ago
HARIMAU MALAYA… Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan kesalahan pemalsuan bagi tujuan penipuan.

“Setakat ini, dua rakaman percakapan telah diambil bagi membantu siasatan kes itu,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Kes itu disiasat susulan laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam, berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi semalam memaklumkan tindakan itu diambil selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan laporan siasatan mereka baru-baru ini. 

Sebelum ini, IIC dalam laporan penuh siasatan, mengemukakan tiga cadangan kepada FAM susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Antaranya, IIC mencadangkan FAM segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan untuk mengesahkan asal usul dokumen yang disyaki palsu, serta mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

Kedua, supaya Jawatankuasa Tatatertib FAM memulakan prosiding tatatertib dalaman terhadap Setiausaha Agung badan induk itu mengikut keperluan proses sewajarnya.

Cadangan ketiga IIC pula menyentuh aspek tadbir urus, dengan FAM disaran melaksanakan pemantauan, reformasi struktur serta langkah pencegahan bagi memulihkan kredibiliti.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Next: Mohd Shukri umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.