Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis bongkar sindiket pusat panggilan penipuan di Tabuan Jaya
  • JENAYAH

Polis bongkar sindiket pusat panggilan penipuan di Tabuan Jaya

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, polis berjaya menumpaskan pusat panggilan penipuan di Tabuan Jaya.

KUCHING: Polis Berjaya menumpaskan satu sindiket pusat panggilan penipuan (scam) yang dipercayai beroperasi di sebuah rumah di Lorong Bukit Bayor, Tabuan Jaya, menerusi satu serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan sekitar 4.30 petang itu, polis menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan dua warga asing berusia antara 20 hingga 24 tahun.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas peralatan komputer, telefon bimbit, kad SIM serta peranti berkaitan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut mengendalikan pusat panggilan menggunakan aplikasi WhatsApp dan sebuah laman web bagi mempromosikan penjualan pelbagai kad SIM prabayar serta permainan dalam talian, dengan menyasarkan pelanggan dari negara jiran.

“Kesemua individu yang ditahan dipercayai bekerja sepenuh masa dalam aktiviti tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana konspirasi jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali

Bagi dua warga asing terbabit, siasatan tambahan dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara sehingga lima tahun dan enam kali sebatan.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini dan mahkamah membenarkan perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Alexson turut menggesa orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan kes-kes jenayah serta bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha mencegah jenayah. Maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 12 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri
Next: Dua lelaki ditahan, polis rampas dadah bernilai RM6,380 di Jalan Stutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.