Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau tahan lelaki dalam Op Dadu, rampas telefon pintar dan wang tunai
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau tahan lelaki dalam Op Dadu, rampas telefon pintar dan wang tunai

Utusan Sarawak 6 hours ago
 SUSPEK ditahan atas kesalahan perjudian.

BAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai ejen tambah nilai bagi aktiviti perjudian dalam talian dalam satu operasi di Jalan Ong Guan Cheng, di sini.

Suspek berusia 25 tahun itu mempunyai rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, dalam operasi tersebut pihaknya telah memeriksa seorang lelaki di sebuah premis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tambah nilai perjudian dalam talian sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas sebuah telefon pintar jenama Nubia dan wang tunai berjumlah RM30 dalam pelbagai denominasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, suspek turut diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing serta tindakan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Selatan wilayah

Continue Reading

Previous: Taman terbiar 20 tahun di Jalan Apollo dihidupkan semula
Next: Empat ditahan dalam serbuan judi holo dan sabung ayam di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.