Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau perangi kegiatan along, sepanduk haram diturunkan
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau perangi kegiatan along, sepanduk haram diturunkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 
ANGGOTA polis menurunkan sepanduk haram memaparkan nombor telefon along dalam operasi di sekitar bandar dan kawasan perumahan di Bau.

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along.

Menurut beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Bau telah menjalankan operasi di sekitar bandar dan kawasan perumahan dengan menurunkan sepanduk haram yang memaparkan nombor telefon along.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya hanya menggunakan saluran kewangan yang sah bagi mengelakkan risiko seperti ugutan, penipuan serta beban hutang berpanjangan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang pinjaman bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket pinjaman haram,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Saberkas Ba’kelalan, Centexs Lawas anjur program perkasa belia
Next: Buaya 2.5 meter ‘tumpang’ rumah belum siap di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.