
BAU: Polis Bau mengeluarkan 10 saman dalam Op Pematuhan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata operasi selama tiga jam bermula dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang itu melibatkan tiga anggota BSPTD dan tertumpu di Jalan Bau-Serikin, Pasar Bau serta Jalan Bau-Kuching.
Menurut Mohd Haide, daripada jumlah itu, polis mengeluarkan 10 saman, termasuk lima saman di bawah notis PDRM (K) 257 yang semuanya melibatkan kesalahan penunggang motosikal.
Kesalahan yang dikesan ialah tidak memakai topi keledar, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, lampu brek tidak berfungsi serta tiada lampu brek ketiga.
Lima lagi saman dikeluarkan di bawah notis PDRM (K) 170A.
Beliau berkata tiada tangkapan, rampasan atau sitaan dibuat sepanjang operasi tersebut.
Beliau berkata sebanyak 30 kenderaan diperiksa, terdiri daripada lapan motosikal, 11 kereta, empat kenderaan pacuan empat roda, dua lori, tiga MPV dan dua van.
“Seramai 32 individu turut diperiksa, membabitkan 30 lelaki dan dua wanita,” katanya.




