Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis Bau jalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah dan penguatkuasaan trafik
  • Selatan
  • WILAYAH

Polis Bau jalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah dan penguatkuasaan trafik

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan dalam operasi penguatkuasaan trafik di Bau.

BAU: Polis menjalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah dan penguatkuasaan trafik di KM6, Jalan Bau-Kuching, Riverdale, semalam dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, sebanyak 53 kenderaan telah diperiksa, melibatkan 20 motokar, 15 motosikal, lima kenderaan pacuan empat roda, enam kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tujuh lori.

Beliau berkata, seramai 47 individu turut diperiksa, terdiri daripada 35 lelaki dan 12 perempuan.

“Tiada tangkapan dibuat sepanjang operasi dan tiada kesalahan jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebanyak enam saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di kawasan berkenaan berikutan kekerapan berlakunya kesalahan trafik dan jenayah.

Tambah beliau, operasi itu juga bertujuan meningkatkan kehadiran polis serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Operasi berjalan lancar seperti dirancang tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Remaja perempuan 18 tahun dilaporkan hilang di Padawan
Next: Presiden baharu JCI Sarikei komited perkasa pembangunan belia dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.