Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis antarabangsa tutup pasaran jenayah siber antara terbesar dunia
  • GLOBAL

Polis antarabangsa tutup pasaran jenayah siber antara terbesar dunia

Utusan Sarawak 2 years ago

Tindakan terhadap penjenayah itu berlaku di negara termasuk Australia, Britain, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan lebih 10 negara di Eropah.

THE HAGUE : Polis antarabangsa menutup salah satu pasaran jenayah siber terbesar di dunia, yang menguruskan jutaan identiti dan butiran akaun dicuri, menurut Europol semalam.

Agensi kepolisan Kesatuan Eropah (EU) itu memberitahu sebanyak 119 tangkapan dibuat, membabitkan 17 negara menerusi satu operasi digelar ‘Operation Cookie Monster’ diketuai FBI dan polis Belanda.

“Operasi penguatkuasaan undang-undang membabitkan 17 negara berjaya menumpaskan Genesis Market, salah satu pasaran paling berbahaya, menjual kelayakan akaun yang dicuri kepada penggodam di seluruh dunia.

“Genesis Market menyenaraikan untuk menjual lebih dua juta identiti individu apabila ia ditutup,” kata agensi yang berpangkalan di Hague itu.

Tindakan terhadap penjenayah itu berlaku di negara termasuk Australia, Britain, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan lebih 10 negara di Eropah.

“Melalui usaha gabungan semua penguatkuasaan undang-undang, kami sudah menjejaskan keseluruhan ekosistem jenayah siber dengan mengalih keluar salah satu pemboleh kunci utamanya,” kata Edvardas Sileris, yang mengetuai Pusat Jenayah Siber Eropah Europol, yang membantu dalam operasi itu.

Agensi kehakiman EU, Eurojust, yang juga berpangkalan di The Hague berkata ia adalah usaha pelbagai negara digelar ‘Operation Cookie Monster’.

“Pelanggan Genesis Market berada di seluruh dunia dan secara aktif membeli pakej data curi mangsa sehingga penutupan ini,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Trump didakwa atas 34 pertuduhan palsukan rekod perniagaan
Next: Johnson & Johnson cadang penyelesaian RM39.15 bilion saman kes bedak talkum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.