Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis ada petunjuk kes rompakan di Jalan Semaba
  • TEMPATAN

Polis ada petunjuk kes rompakan di Jalan Semaba

Utusan Sarawak 2 years ago
BERAMAH MESRA… Michael Kong Feng Nian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang beramah mesra pada majlis ramah tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki di Dewan Serbaguna Kampung Haji Baki di sini, hari ini. 

KUCHING: Penduduk digesa kekal peka akan keadaan disekeliling bagi membendung kes rompakan yang semakin meningkat di negeri ini.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian berkata, ini susulan kejadian terbaharu di Jalan Semaba, kes rompakan melibatkan emas bernilai RM40,000 dan wang tunai sebanyak RM10,000. 

“Pihak polis serius membanteras jenayah tersebut. Mereka ada petunjuk dan akan melakukan yang terbaik untuk mengesan suspek,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki selepas berkomunikasi dengan beberapa pegawai Polis dari Balai Kota Sentosa.

“Saya sentiasa mendapati acara sebegini menyeronokkan kerana ia benar-benar mencerminkan keindahan pelbagai budaya di Malaysia. 

“Dalam semangat Malaysia Madani, kami percaya dalam menghulurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang. 

“Sebab itu hujung minggu lalu, kami  menyerahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki Blok B peruntukan sebanyak RM3,000 untuk menyokong aktiviti mereka,” katanya. 

Continue Reading

Previous: JATI disaran bantu masyarakat di Limbang, Lawas
Next: Nurul Qurratu Aini graduan cemerlang Diploma Pengajian Perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.