Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Poland akan kurangkan 50 peratus visa untuk pemohon Asia, Afrika
  • GLOBAL

Poland akan kurangkan 50 peratus visa untuk pemohon Asia, Afrika

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Poland akan mengurangkan pengeluaran visa kepada pemohon dari negara Asia dan Afrika sebanyak 50 peratus pada 2025, kata Perdana Menterinya Donald Tusk, semalam, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pada 2025, kami akan mengeluarkan 50 peratus visa kepada mereka dari negara Afrika dan Asia yang mencari tempat di Poland atau Eropah,” katanya ketika berucap di parlimen sebelum undi percaya terhadap kerajaannya.

Keputusan ini dibuat susulan siasatan oleh Pejabat Pendakwa Raya Negara Poland pada 2024 berkaitan kes jenayah membabitkan naungan berbayar dalam pemprosesan visa.

Siasatan itu mendedahkan penyelewengan dalam mempercepatkan proses ratusan visa dalam tempoh 18 bulan di pejabat diplomatik Poland di Hong Kong, Taiwan, UAE, India, Arab Saudi, Singapura, Filipina dan Qatar.

Salah laku ini berlaku di bawah pentadbiran parti pemerintah terdahulu, Law and Justice dan kebanyakannya melibatkan visa kerja Schengen.

Undi percaya terhadap kerajaan Tusk dijangka berlangsung dalam beberapa jam lagi.

Perdana Menteri sendiri meminta sesi itu selepas kekalahan calon gabungan pemerintah Rafal Trzaskowski dalam Pilihan Raya Presiden.

Keputusan undian dibuat melalui majoriti mudah dengan kehadiran sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah ahli parlimen seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

Jika dewan rakyat atau dikenali sebagai Sejm tidak menyokong usul undi percaya, Perdana Menteri mesti menyerahkan peletakan jawatan kepada presiden.

Sejm mempunyai 460 ahli parlimen, jadi sekurang-kurangnya 230 mesti hadir dalam pengundian.

Pada masa ini, gabungan pemerintah memegang majoriti tipis dengan 242 ahli parlimen daripada 460. – Bernama – Sputnik/RIA Novosti

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi kuat gegarkan Taiwan
Next: Mei bulan kedua terpanas di dunia pernah direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.