Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • POKUFM berjaya adakan projek tanaman
  • TEMPATAN

POKUFM berjaya adakan projek tanaman

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (duduk, dua kanan) merakamkan kenangan bersama ahli POKUFM dalam lawatan kerjanya Selasa lalu.

MIRI: Syabas dan tahniah kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) di atas inisiatif mengadakan Projek Tanaman Sayuran Hidroponik dan tanaman nanas di Piasau Camp Jalan Pantai di sini Selasa lalu.

Demikian ucapan Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Dato Sebastian Ting Chiew Yew ketika mengadakan lawatan itu Selasa lalu.

“Kejayaan ini membuktikan mereka yang kurang upaya mampu menjayakan projek tanaman sebegini. Hari ini saya datang ke sini mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang berada di sini atas kejayaan projek tanaman sayuran hidroponik dan buah nanas.

“Tahniah juga di atas sesi taklimat yang sangat menarik dalam menerangkan aktiviti di Pusat Aktiviti Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri ini,” katanya.

Sehubungan itu, POKUFM merupakan sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) kategori fizikal dengan sokongan masyarakat yang prihatin melihat keadaan dan hala tuju masa depan mereka yang berada di Miri.

Setakat ini, keahlian POKUFM adalah seramai 29 orang dengan 16 OKU kategori fizikal, tiga OKU kategori masalah pendengaran dan enam orang sukarelawan.

Pada lawatan itu, Datuk Sebastian yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada POKUFM bagi tujuan perbelanjaan utiliti dan aktiviti tahunan.

Hadir sama Penghulu Leonard Fung, Pengerusi POKUFM Mazlan Daraman dan Setiausaha POKUFM Abdul Aziz Brahim.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Sembilan persatuan,terima geran MRP
Next: Abang Johari perkenalkan pendekatan ekonomi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.