Pokok tumbang hempap rumah di Lawas, APM ambil masa tiga jam laksanakan operasi

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
BERTINDAK CERMAT… Dalam hujan lebat, anggota APM Lawas berjaya mengalih pokok tumbang yang mengancam keselamatan penduduk kampung.

LAWAS: Hujan lebat disertai angin kuat yang bertiup dari pelbagai arah mengakibatkan kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah di Kampung Natad Musu malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Maradona Tatah, berkata sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas, sebaik menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pada 8.42 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap bahagian dapur sebuah rumah penduduk, menyebabkan kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.

REDAH HUJAN… Anggota APM Lawas menggunakan kemahiran mereka menebang pokok yang menghempap rumah di Kampung Natad Musu, Lawas.

Menurut beliau, operasi pemotongan pokok mengambil masa hampir tiga jam berikutan saiz pokok yang besar serta kedudukan yang berisiko untuk menghempap rumah lain yang berhampiran.

“Pasukan kami menggunakan teknik ikatan yang sesuai serta gergaji pemotong bagi melaksanakan tugas dengan cermat dan selamat,” jelasnya.

Operasi pemotongan pokok ditamatkan pada 10.35 malam setelah keadaan di kawasan kejadian disahkan selamat.

Perpaduan, belia pemacu kemajuan Sarawak

SERIAN: Semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan penglibatan aktif golongan belia perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat diteruskan