Pokok tumbang hempap dapur rumah di Kampung Kerangan

Facebook
WhatsApp
KERJA PEMBERSIHAN…Rumah mangsa berjaya dibebaskan daripada timbunan batang pokok dan dahan selepas dipotong oleh anggota APM Lawas.  Foto APM Lawas

LAWAS: Fenomena cuaca tidak menentu telah menyaksikan satu keluarga di Kampung Kerangan dekat sini berdepan detik cemas apabila bahagian dapur mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian angin kuat, petang semalam.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Letfenan (PA) Maradona Tatah berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya 14 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas sebaik menerima panggilan kecemasan dari penduduk 3.47 petang. 

TEBANG BATANG…Anggota APM memotong batang pokok yang menghempap rumah di Kampung Kerangan semasa ribut melanda secara tiba-tiba. Foto APM Lawas


“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lawas yang tiba di lokasi melakukan kerja pembersihan dengan memotong dan menebang dahan pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk.


“Kita juga membuat pembersihan serta dibantu warga kampung sehingga selesai operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata bahagian dapur rumah mangsa mengalami rosak teruk dalam insiden itu, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Oleh Adeng Edrus