Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang halang laluan di Senadin
  • WILAYAH

Pokok tumbang halang laluan di Senadin

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUMBANG…Pasukan bomba memotong dan membersihkan pokok tumbang yang menghalang haluan di Senadin Venture Light Industrial Park di Miri, petang tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Laluan di Senadin Venture Light Industrial Park di sini terganggu sementara petang tadi apabila pokok tumbang dan menghalang sebahagian jalan.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.38 petang sebelum sepasukan bomba digerakkan ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati pokok tumbang berkenaan menghalang kira-kira 50 peratus laluan jalan dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.

TUMBANG…Pasukan bomba memotong dan membersihkan pokok tumbang yang menghalang haluan di Senadin Venture Light Industrial Park di Miri, petang tadi. Foto BBP Lutong

“Pasukan bertindak memotong serta mengalihkan sisa pokok berkenaan sehingga laluan dapat dibuka sepenuhnya dan selamat digunakan,” katanya di sini.

Operasi ditamatkan pada 5.07 petang selepas keadaan disahkan selamat, tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Lawas meningkat 89 orang
Next: Masalah telekomunikasi berlarutan jejas urusan harian di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.