Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang halang lalu lintas
  • WILAYAH

Pokok tumbang halang lalu lintas

Utusan Sarawak 2 years ago
BBP Sarikei mengalihkan pokok tumbang melintangi jalan raya di Jalan Repok berdekatan salah sebuah sekolah menengah di sini. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pokok tumbang melintangi jalan menghalang lalu lintas di Jalan Repok berdekatan salah sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.29 petang semalam.

“Pasukan bomba diketuai PBK II Haron Jenai bergegas ke lokasi pokok tumbang selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati pokok tumbang melintangi jalan raya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukan bomba selesai memotong dan mengalihkan pokok tumbang ke tepi jalan dalam tempoh kira-kira sembilan minit.

“Khidmat khas memotong dan mengalihkan pokok tumbang selesai sepenuhnya 5.45 petang,” katanya.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: 16 unit tukun tiruan diturunkan di Kuala Balingian
Next: Pasar Malam Sibu dipindahkan ke lokasi strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.