Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok rambutan tumbang halang lalu lintas di Jalan Kuong Kok
  • Tengah
  • WILAYAH

Pokok rambutan tumbang halang lalu lintas di Jalan Kuong Kok

Utusan Sarawak 4 days ago
POTONG POKOK….Anggota bomba sedang memotong dahan pokok rambutan yang tumbang di Jalan Kuong Kok, semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sebatang pokok rambutan setinggi kira-kira 20 kaki tumbang dan menghalang laluan di Jalan Kuong Kok, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.49 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Kilok Lampas bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok rambutan telah tumbang dan menghalang lalu lintas,” katanya ketika dihubungi.

POTONG POKOK….Anggota bomba sedang memotong dahan pokok rambutan yang tumbang di Jalan Kuong Kok, semalam. Foto BBP Sarikei 

Katanya, anggota bomba menggunakan mesin gergaji berantai untuk memotong pokok rambutan.

“Dahan pokok rambutan tumbang yang telah dipotong telah dialih ke tempat selamat. 

“Operasi memotong dan mengalihkan pokok tersebut selesai dalam tempoh lebih kurang 49 minit. 

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 12.40 tengah hari,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Impian ke sekolah bakal jadi kenyataan buat Rovina
Next: SUPP Bawang Assan raikan penduduk Sungai Sadit sempena Perayaan Kuih Bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.