Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pokok durian tumbang hempap rumah di Kampung Hilir Lubok Antu, dua beranak selamat
  • TEMPATAN

Pokok durian tumbang hempap rumah di Kampung Hilir Lubok Antu, dua beranak selamat

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEBUAH keluarga berdepan detik cemas apabila sebatang pokok durian setinggi 30 kaki tumbang lalu menghempap bahagian belakang rumah mereka di Kampung Hilir, Jalan Lubok Antu, semalam. Foto: APM Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Sebatang pokok durian besar tumbang lalu menghempap sebuah rumah di Kampung Hilir, Jalan Lubok Antu petang semalam, namun dua penghuni rumah berkenaan dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.36 petang sebelum anggota digerakkan ke lokasi empat minit kemudian.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi pada 5.45 petang, anggota mendapati sebatang pokok durian sepanjang sekitar 30 kaki dan sebesar tayar lori telah tumbang lalu menghempap bahagian belakang rumah mangsa termasuk bumbung tandas, bilik mandi serta dapur.

SEBUAH keluarga berdepan detik cemas apabila sebatang pokok durian setinggi 30 kaki tumbang lalu menghempap bahagian belakang rumah mereka di Kampung Hilir, Jalan Lubok Antu, semalam. Foto: APM Lubok Antu.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan oleh ketua kampung selepas menerima aduan daripada pengadu, Eng Huang Yang, yang memohon bantuan APM bagi kerja-kerja pengalihan dan pembersihan pokok tumbang tersebut.

“Seramai tiga anggota MyASPA-O Charlie dikerahkan ke lokasi bersama sebuah ambulans pacuan empat roda serta peralatan operasi termasuk mesin gergaji rantai, helmet keselamatan, sarung tangan dan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bertugas segera menjalankan kerja pemotongan pokok menggunakan mesin gergaji rantai sebelum membersihkan kawasan yang terjejas bagi memastikan keadaan kembali selamat.

SEBUAH keluarga berdepan detik cemas apabila sebatang pokok durian setinggi 30 kaki tumbang lalu menghempap bahagian belakang rumah mereka di Kampung Hilir, Jalan Lubok Antu, semalam. Foto: APM Lubok Antu.

Menurutnya, rumah tersebut didiami oleh seorang ibu bersama anaknya dan kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri serta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Walaupun bahagian tandas rumah mengalami kerosakan teruk akibat dihempap pokok, keadaan keseluruhan rumah masih selamat untuk didiami.

Operasi tamat sepenuhnya pada 6.16 petang sebelum anggota kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada 6.30 petang.

Dalam pada itu, Leftenan Desem turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku kejadian seumpama itu bagi membolehkan tindakan pantas diambil demi keselamatan penduduk.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peniaga dan penjaja disaran bersedia hadapi ketidaktentuan ekonomi global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.