Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok besar tumbang hempap kereta di Jalan Pending, dua arah jalan terhalang
  • Selatan
  • WILAYAH

Pokok besar tumbang hempap kereta di Jalan Pending, dua arah jalan terhalang

Utusan Sarawak 1 day ago

SEBATANG pokok besar tumbang dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pending petang tadi, mengakibatkan kedua-dua arah laluan utama di kawasan itu terhalang sepenuhnya. – Foto video live Sarawak Edition

KUCHING: Sebatang pokok besar tumbang dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pending petang tadi, mengakibatkan kedua-dua arah laluan utama di kawasan itu terhalang sepenuhnya.

Kejadian berlaku sekitar 4.00 petang semasa hujan lebat disertai angin kencang melanda kawasan Kuching. 

Bahagian hadapan kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan, namun pemandunya dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden tersebut turut disiarkan secara langsung (LIVE) di media sosial oleh orang awam yang berada di lokasi, memperlihatkan keadaan trafik yang tergendala serta usaha pantas pasukan penyelamat memulihkan keadaan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, Bomba Tabuan Jaya, Polis Padungan serta Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bertindak pantas ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pemotongan, pembersihan dan kawalan lalu lintas.

Tindakan segera daripada semua agensi terbabit membolehkan kerja pembersihan dijalankan dengan lancar demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik.

Orang ramai yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama semasa keadaan cuaca tidak menentu.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lawas musnahkan sarang tebuan atas bumbung perpustakaan
Next: Pasangan cilik dari Kabong dinobatkan juara Pertandingan Bertandak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.