Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pogacar panik Bernal ‘hilang’
  • SUKAN

Pogacar panik Bernal ‘hilang’

Utusan Sarawak 5 years ago

Team Jumbo rider Slovenia's Primoz Roglic wearing the overall leader's yellow jersey (R) climbs the Grand Colombier pass ahead of Team UAE Emirates rider Slovenia's Tadej Pogacar wearing the best young's white jersey (3rd-R) next to Team Jumbo rider Netherlands' Tom Dumoulin (1st-L) and Team Jumbo rider US Sepp Kuss (2nd-L) during the 15th stage of the 107th edition of the Tour de France cycling race, 175 km between Lyon and Grand Colombier, on September 13, 2020. (Photo by Marco Bertorello / AFP)

PELUMBA Team Jumbo, Slovenia, Primoz Roglic yang memakai jersi kuning pendahulu keseluruhan mendaki laluan Grand Colombier di depan pelumba Team UAE Emirates, Sladeia, Tadej Pogacar yang memakai jersi putih pelumba muda terbaik di sebelah pelumba Team Jumbo dari Belanda, Tom Dumoulin dan pelumba Team Jumbo, US Sepp Kuss pada peringkat ke-15 edisi ke-107 perlumbaan berbasikal Jelajah Perancis, 175 km antara Lyon dan Grand Colombier. • Foto AFP

PERCUBAAAN pelumba Ineos, Egan Bernal untuk mempertahanan Jelajah Perancis menjadi huru-hara setelah pelumba dari Colombia itu kehilangan beberapa minit di gunung utama perlumbaan kelmarin ketika peserta rookie dari Slovenia, Tadej Pogacar memenangi peringkat ke-15.

Primoz Roglic yang mewakili Jumbo-Visma mengekalkan kedudukan keseluruhan setelah pendakian 17 kilo meter dari gunung Grand Colombier ketika pencabar utamanya Bernal keciciran lebih lapan minit dalam kedudukan jersi kuning.

Pasukan Ineos, Bernal yang sebelumnya dikenali sebagai Sky telah memenangi tujuh daripada lapan jelajah terakhir dan kehampaan di gunung menandakan titik perubahan bagi pasukan dari Britain itu.

Pasukan dari Belanda, Jumbo memimpin Grand Colombier sejauh 17km dengan jersi kuning dan hitam dengan tempo tinggi tanpa henti.

Pemilik jersi kuning mereka Roglic, ketiga di belakang pelumba Australia, Richie Porte, melakukan pecutan pertama namun rakan senegara Roglic berusia 21 tahun itu unggul dalam 50m terakhir.

Roglic mendahului Pogacar dengan 40 saat dengan baki enam babak lagi dengan Rigoberto Uran di tempat ketiga dengan 1 minit 34 saat dan Miguel Angel Lopez serta Adam Yates melengkapkan lima tempat teratas.

Pogacar berkata, dia menunggu waktunya dan terus mengekalkan kayuhan.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Bernal tetapi Jumbo membuat rentak yang teruk dan beberapa pelumba terpaksa menerima padahnya,” jelas pemimpin UAE itu.

Seorang lagi mangsa adalah Nairo Quintana yang juga ketinggalan dalam saingan pendahulu keseluruhan. – AFP

Continue Reading

Previous: Hamilton terus unggul
Next: ‘Bisa’ Vardy ditagih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.